Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

116

Tajuk

Penyediaan Lesen, Pajakan dan Permit
116 [1]

Mana-mana lesen atau pajakan yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah disediakan dalam dua salinan, satu salinan diserahkan oleh Pengarah kepada pemegang lesen atau penerima pajak, mengikut mana- mana yang berkenaan, dan satu lagi disimpan oleh Pengarah untuk dijilidkan dalam daftar yang sesuai yang disebut dalam seksyen 115 dan dinomborkan bersiri dalamnya.

116 [2]

Mana-mana permit air yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah disediakan dalam dua salinan, satu salinan diserahkan oleh Penguasa Lombong kepada pemegang permit dan satu lagi disimpan oleh Lembaga untuk dijilidkan dalam daftar permit air yang disebut dalam seksyen  115  dan  dinomborkan  bersiri dalamnya.

116 [3]

Pengarah tidak boleh menyebabkan mana-mana lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencarigali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, atau pajakan melombong disediakan, dan Lembaga tidak boleh menyebabkan mana- mana lesen dan permit air disediakan, melainkan jika—

(a) dalam hal suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen melombong tuan punya, lesen air atau permit air, fi yang ditetapkan telah dibayar;

(b) dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahun pertama telah dibayar; dan

(c) dalam hal pajakan melombong—

(i) fi yang ditetapkan dan sewa tahun pertama telah dibayar; dan

(ii) tanah yang akan menjadi subjek pajakan itu telah diukur dan fi pengukuran, jika pengukuran itu dijalankan oleh Pegawai Ukur, dan fi bagi pelan pajakan melombong telah dibayar.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.