Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

106

Tajuk

Pengenaan denda meremedikan kemungkinan atau pelanggaran
106 [1]

Jika Lembaga berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa, bahawa ada alasan yang membolehkan kuasanya untuk membatalkan lesen air dijalankan di bawah perenggan 104(3)(a) tetapi hal keadaan adalah tidaklah sedemikian rupa sehingga mewajarkan pembatalan, maka Lembaga boleh mengikut budi bicaranya—

(a) membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dalam masa yang dinyatakan; atau

(b) mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran itu dalam suatu masa yang dinyatakan.

 

106 [2]

Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen air notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).

106 [3]

Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Lembaga hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—

(a) perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a); atau

(b) notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(b),

mengikut mana-mana yang berkenaan, pada lesen air yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.

106 [4]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu dikenselkan.

106 [5]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) tidak dipatuhi, Lembaga hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen air itu terbatal.

106 [6]

Walau apa pun subseksyen (4), jika Lembaga berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen air itu terbatal.

106 [7]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (l)(b) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu dikenselkan.

106 [8]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b) tidak dipatuhi, Lembaga hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen itu terbatal.

106 [9]

Walau apa pun subseksyen (7), jika Lembaga berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen air itu terbatal.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.