Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

40

Tajuk

Penggantungan dan pembatalan lesen melombong individu
40 [1]

Pengarah boleh pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu menggantungkan sementara secara kolektif, bagi suatu tempoh tidak melebihi enam puluh hari, hak semua pemegang lesen melombong individu untuk menjalankan pengendalian melombong di mana- mana kawasan.

40 [2]

Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan suatu lesen melombong individu yang dikeluarkan di bawah seksyen 35 jika dia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(b) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini.

40 [3]

Keputusan Pengarah untuk menggantung atau membatalkan suatu lesen melombong individu di bawah seksyen ini adalah muktamad.

40 [4]

Jika suatu lesen melombong individu telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen itu kepada Pengarah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.