Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

77

Tajuk

Pengenaan Denda, Meremedikan Kemungkiran atau Pelanggaran
77 [1]

Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa, bahawa ada alasan yang membolehkan kuasanya untuk melucuthakkan tanah lombong dijalankan di bawah perenggan 76(4)(aj tetapi

hal keadaan tidaklah sedemikian rupa sehingga mewajarkan pelucuthakan, maka Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut budi bicaranya—

  • membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dalam masa yang dinyatakan; atau
  • mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran dalam masa yang dinyatakan.
77 [2]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi penerima pajak notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).

77 [3]

Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—

  • perintah yang dibuat di bawah perenggan (I)(aj; atau
  • notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(bJ,

pada dokumen pajakan melombong yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.

77 [4]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (l)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

77 [5]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (I)(a) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

77 [6]

Walau apa pun subseksyen (4), jika Plhak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

77 [7]

Jika notis yang dikeluarkan  di bawah perenggan (l)(b) tidak dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

77 [8]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b) tidak dipatuhi. Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytihafkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

 

77 [9]

Walau apa pun subseksyen (7), jika Pihak Bei‘kuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.