Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

186

Tajuk

Peruntukan berhubungan dengan
186 [1]

Dalam seksyen ini, “Pihak Berkuasa Negeri” termasuklah Pengarah dan mana-mana oi’ang lain yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk mengadakan suatu siasatan.

186 [2]

Tiap-tiap siasatan yang diadakan di bawah mana- mana peruntukan Enakmen ini—

(a)  hendaklah  dijalankan    mengikut peruntukan seksyen ini;

(b) hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

(c) hendaklah dibuka kepada awam melainkan jika Pihak Berkuasa Negerl memerintahkan selainnya atas alasan yang hendaklah direkodkan olehnya

186 [3]

Sebelum mengadakan mana-mana siasatan, Pihak Berkuasa Negeri—

(a) hendaklah memberi notis siasatan mengikut apa- apa cara yang difikirkannya sesuai  mengikut ha1 keadaan kes; dan

(b) hendaklah menyampaikan kepada mana-mana orang atau badan yang diketahui olehnya berminat dalam hal perkara siasatan itu Suatu salinan notis itu yang padanya hendaklah dilampirkan suatu notis tambahan dalam apa- apa bentuk yang ditetapkan.

186 [4]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya perlu atau suai-manfaat berbuat sedemikian—

  • pada bila-bila masa mengkensel atau menunda mana-mana siasatan yang dicadangkan diadakan, atau menukar tempatnya; atau
  • menangguhkan dari semasa ke semasa pendengaran mana-mana
186 [5]

Mana-mana orang atau badan yang mendakwa berminat dalam hal perkara siasatan yang  dicadangkan itu boleh, melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, memohon suatu penundaan atau pertukaran tempat dan permohonan itu—

  • hendaklah menyatakan sebab yang baginya penundaan atau pertukaran tempat itu diminta; dan
  • hendaklah menunjukkan juga jenis apa-apa keterangan yang dicadang hendak diberi atau kemukakan oleh atau bagi pihak pemohon.
186 [6]

Notis mana-mana pengkenselan, penundaan, pertukaran tempat atau peiiangguhan yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada tiap-tiap orang atau badan yang kepadanya notis siasatan telah diberi atau disampaikan di bawah subseksyen (3), dan mengikut apa-apa cara lain yang didapati sesuai mangikut ha1 keadaan

186 [7]

Pada menjalankan siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa berikut—

  • untuk mempero lehi dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa mana- mana orang sebagai saksi sebagaimana yang dlfikirkan perlu atau wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk diperolehi atau diperiksa;
  • untuk menghendaki keterangan, bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (apa-apa sumpah atau ikrar itu hendaklah yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberi keterangan di Mahkamah Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun; dan
  • untuk memang g il mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain dalam milikannya.

 

186 [8]

Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa seseorang yang, di bawah subseksyen (3)—

  • setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan itu, tidak berbuat demikian;
  • setelah dikehendaki untuk mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain, tidak berbuat demikian; atau
  • setelah dikehendaki untuk menjawab apa-apa soalan, enggan berbuat demikian,

ia boleh memperakui secara bertulis ketakhadiran atau untuk ketakpengemukaan dokumen atau keengganan untuk menj aw ab soalan itu, mengikut mana- mana yang berkenaan, dan memaklumkan Majistret dengan sewajarnya.

186 [9]

Seseorang yang memberi keterangan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak keterangan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab apa-apa

186 [10]

Jika suatu perakuan diberikan  di  bawah subseksyen (8), Majistret  hendaklah  menyiasat  kes  itu dan, jika dia berpuas hati bahawa orang yang dimaksudkan dalam perakuan itu telah, tanpa alasan yang munasabah, tidak menghadiri atau tidak atau enggan  mematuhi kehendak yang disebut dalam perakuan itu dia hendaklah memerintahkan orang itu hadir atau mematuhi kehendak itu di suatu perbicaraan di hadapan Pihak Berkuasa Negeri yang mengadakan siasatan itu yang diadakan pada suatu masa dan di suatu tempat yang dinyatakan dalam perintah itu

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.