Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

165

Tajuk

Kesalahan berkenaan dengan maklumat
165 [1]

Mana-mana orang yang—

  • mengemukakan maklumat palsu dalam apa- apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Enakmen ini;
  • memberikan atau menyebabkan diberikan kepadamana-mana pegawai diberikuasa apa-apa butir. maklumat atau pernyataan palsu berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghend a ki supaya diberikan di bawah Enakmen ini;
  • enggan men jawab atau memberi suatu jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana pepgawai diberikuasa bagi inak su d memperolehi apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya dtberikan di bawah Enakmen j ni;
  • melencong, memalsukan atau menggunakan apabila dilencongkan atau dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Enakmen ini atau c‹pa-apa suratcara yang digunakan dalam menjalankan apa-apa uTusan atau perkara di bawah Enakmen ini;
  • mengubah apa-apa dokumen atau suratcara atau melencong meterai, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda-tanda lain bagi atau yang digunakan oleh mana-mana pegawai diberikuasa bagi penentusahan mana-mana dokumen atau suratcara itu atau bagi apa-apa maksud lain dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Enakmen ini;
  • memperdaya mana-mana pegawai diberikuasa, secara fraud atau selainnya, dengan mengeluarkan apa-apa dokumen atau membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa catatan dalam apa-apa buku, dokumen atau suratcara yang disimpan bagi maksud Enakmen ini untuk membolehkan mana-mana orang menggerakkan, mengangkut, menghantar atau mengeksport bijih mineral mengikut apa-apa cara selain daripada apa-apa cara yang ditetapkan;
  • membuat atau cuba membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa catatan yang tak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau siiratcara yang disimpan bagi maksiid Enakmen ini;
  • menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa kesilapan dalam apa apa buku, dokumen atau suratcara, atau apa-apa catatan yang tak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau suratcara yang disimpan bagi maksud Enakmen ini; atau
  • tidak atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh mana-mana pegawai diberikuasa,

 

165 [2]

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau suratcara  adalah palsu, tak betul, mengelirukan atau dilencungkan keseluruhannya atau sebahagiannya mengenai  apa-apa butir material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau suratcara itu adalah palsu, tak betul, mengelirukan atau dilencongkan mengenai suatu butir material, mengikut kehendak keadaan, kepada pengetahuan orang yang membekalkannya:

Dengan syarat bahawa orang itu tidaklah boleh didapati melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak ada alasan yang munasabah untuk menyangka bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau suratcara demikian adalah palsu, tak betul, mengelirukan atau dilencongkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.