Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

185

Tajuk

Pemindahan kapal korek dari satu blok tanah lombong ke satu blok tanah lombong yang lain
185 [1]

Jika mana mana orang yang menduduki dua atau lebih blok tanah lombong yang tidak berdampingan—

  • telah menj alankan pengendalian yang lain melombong di atas mana-mana satu blok dengan menggunakan suatu kapal korek; dan
  • telah membuktikan sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri bahawa untuk menjimatkan pengerjaan mana-mana satu blok lain adalah perlu kapal korek itu dipindahkan ke blok yang satu lagi itu mengikut suatu laluan yang akan dlkorek oleh kapal korek itu melalui tanah yang berselang itu,

adalah sah bagi Pihak Berkuasa Negeri, selepas mengadakan suatu siasatan, mengeluarkan kepada orang itu suatu lesen dalam Borang I yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan, untuk memindahkan kapal korek itu melalui tanah tersebut, dan sesudah itu adalah sah bagi orang itu memasuki tanah tersebut dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi membolehkan kapal korek itu dipindahkan dengan sewajarnya.

185 [2]

Sebelum mengeluarkan lesen di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri—

  • hendaklah menentukan jalan laluan yang akan dikorek oleh kapal korek itu melalui tanah yang berselang itu;
  • hendaklah berpuas hati bahawa jalan itu merupakan satu-satunya jalan yang akan menyebabkan paling sedikit kerosakan kepada tanah berselang itu; dan
  • hendaklah mengambil kira masa yang sesuai bagi pihak-p ihak yang berkenaan dalam pemindahan kapal korek itu.
185 [3]

Pemegang suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini adalah dilarang daripada menjalankan pengendalian melombong di atas dan memindahkan apa apa mineral dari mana-mana tanah yang baginya lesen itu

185 [4]

Mana-mana orang yang berhasrat membuat apa- apa tuntutan pampasan berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang telah ditanggung olehnya oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang lesen yang bertindak menurut suatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan butir tuntutan itu secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak kemudian fiari enam bulan selepas kerug ian atau keros akan demikian ditanggung, dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu membuat suatu perintah mengarahkan pemegang lesen itu membayar pihak yang menuntut pampasan dalam apa-apa amaun yang dinyatakan dalam perlntah itu, dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenai amaun pampasan itu adalah

185 [5]

Lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila terbukti bahawa pemegang lesen itu telah tidak menepati atau mematuhi apa-apa terma atau

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.