Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

80

Tajuk

Penyerahan Tanah di bawah Pajakan Melombong.
80 [1]

Sesuatu permohonan untuk menyerahkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong telah diberikan, keseluruhannya atau sebahagiannya, hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

80 [2]

Tanggungan penerima pajak—

  • untuk membayar apa-apa sewa, fi, royalti, penalti atau wang lain yang kena dibayar pada atau sebelum tarikh penyerahan itu;
  • untuk memenuhi apa-apa kehendak pemulihan;
  • untuk melaksanakan apa-apa obligasi yang dikehendaki dilaksanakan pada atau sebelum tarikh penyerahan itu; dan
  • bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat pada atau sebelum tarikh penyerahan itu,

adalah   tidak  terjejas  dengan      penyerahan              pajakan melombong di bawah subseksyen (1).

80 [3]

Dalam hal keseluruhan tanah lombong di bawah pajakan melombong hendak diserahkan—

(a) penerima pajak hendaklah, sebelum membuat permohonan di bawah subseksyen (1), memberi Pengarah—

  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil, sekuran -kurangnya tiga bulan notis; atau
  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendallan skala besar, sekurang-kurangnya enam bulan notis,

tentang niatnya untuk memohon menyerahkan tanah itu; dan

(b) Pengarah hendaklah, apabila meluluskan permohonan bagi penyerahan di bawah seksyen ini—

  • memberitahu penerima pajak dan Pihak Berkuasa Negeri secara bertulis tentang kelulusan itu; dan
  • mencatatkan atau menyebabkan dicatatkan suatu memorial tentang penyerahan dalam daftar yang diperuntukkan di bawah seksyen

 

80 [4]

Apabila memorial di bawah subperenggan 3(b)(’ii) dicatatkan, tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberlkan hendaklah kembali kepada dan terletakhak pada Pihak Berkuasa

80 [5]

Dalam hat jika hanya sebahagian daripada tanah lombong di bawah pajakan melombong hendak diserahkan, Pengarah hendaklah—

  • memberitahu penerima pajak dan Pihak Berkuasa Negeri secara bertulis sama ada permohonan untuk penyerahan diluluskan;
  • menyebabkan suatu pengukuran sempadan kawasan yang tidak diserahkan disempurnakan atas perbelanjaan penerima pajak itu; dan
  • apabila dokumen as al pajakan melombong diserahkan, mengeluarkan kepada penerima pajak suatu pajakan melombong berkenaan dengan bahaglan tanah lombong yang masih tidak diserahkan yang hendaklah dalam semua hal menjadi tertakluk kepada terma atau syarat yang sama sebagaimana pajakan
80 [6]

Maka hendaklah tiada penyerahan di bawah seksyen ini melainkan jika kebenaran bertulis tiap-tiap orang yang mempunyai suatu kepentingan berdaftar ke atas pajakan melombong itu telah dihantar kepada

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.