Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

83

Tajuk

Pembatalan Lesen Melombong Tuan Punya
83 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Jaw atankuas a, memb atalkan suatu lesen melombong tuan punya jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

  • telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau
  • telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen
83 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang lesen melombong tuaii punya notis bertulis tentang niatnya untuk membatalkan lesen itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi perriegang lesen melombong tuan punya itu peluang untuk memf›iiat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis

83 [3]

Pihak Berliuasa Negeri hendaklah juga menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada mana-mana orang atau badan—

  • yang mempunyai suatu kepentingan yang sah menyentuh tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan; atau
  • yang secara sah menduduki mana-mana bahagian tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan,

 

suatu salinan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (2) yang padanya hendaklah dilampirkan notis tambahan dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan.

83 [4]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang dlsebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memutuskan—

  • sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;
  • sama ada hendak mengambil tindakan di bawah seksyen 54; atau
  • sama ada   tidak  akan  mengambil tindakan
83 [5]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemegang lesen melombong tuan punya itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (4).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.