Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XIV - Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Seksyen

189

Tajuk

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan.
189 [1]

Peruntukan Enakmen Melombong N.M.B. Bab 147 adalah dengan ini dimansuhkan

189 [2]

Walau apa pun subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Enakmen termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu tidak tak konsisten dengan Enakmen ini terus berkuatkuasa sehinggalah dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh Enakmen

189 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a) memansu hkan atau me mind a mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini —

  • yang dijadikan usang atau tak perlu oleh mana-,mana peruntukan Enakmen ini;
  • bagi maksud menyesuaikan peruntukannya dengan peruntukan Enakmen ini; atau
  • bagi membu at pertamb ahan kepada peruntukan yang tersebut dahulu yang disebut dalam subperenggan (ii) mengenai apa-apa perkara;

(b) membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai-manfaat bagi maksud menghapuskan kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuatkuasanya Enakmen ini,

dan mana-mana perintah sedemikian boleh dibuat supaya mempunyai kuatkuasa  mulai dari tarikh mula berkuatkuasanya Enakmen ini.

189 [4]

Tiada apa-apa pun dalam Enakmen ini boleh mentaksahkan mana-mana lesen, permit, hak, keistimewaan atau kebenaran lain yang diberikan dengan sah di bawah Enakmen termansuh dan lesen, permit, hak, keistimewaan atau kebenaran lain itu hendaklah terus berkuatkuasa dan disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah Enakmen

189 [5]

Mana-mana orang yang, sebelum sahaj a mula berkuatkuasanya Enakmen ini, memegang apa-apa jawatan yang  perlantikannya boleh dibuat  di bawah Enakmen ini hendaklah kekal dalam jawatan itu, dan disifatkan bagi maksud Enakmen ini telah dilantik sedemikian

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.