Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VI - Pampasan

Seksyen

93

Tajuk

Deposit bagi pembayaran pampasan
93 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki mana-mana orang yang kepadanya—

(a) suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan berkenaan dengan mana-mana kawasan yang terdiri daripada atau termasuk tanah berimilik, tanah pendudukan, tanah rizab atau kawasan hutan simpanan; atau

(b) suatu pajakan melombong telah diberikan berkenaan dengan mana-mana tanah di bawah tanah berimilik,

untuk mendepositkan dari semasa ke semasa dengan Pihak Berkuasa Negeri apa-apa amaun wang yang dinyatakannya sebagai suatu jaminan bagi pembayaran pampasan yang orang itu boleh dipertanggungkan untuk membayar di bawah Enakmen ini.

 

93 [2]

Mana-mana deposit yang dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah, di atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mana-mana sebab yang dinyatakan dalam seksyen 92, dibayar oleh Pengarah kepada orang yang berhak kepadanya.

93 [3]

Jika keseluruhan atau mana mana bahagian amaun yang didepositkan di bawah subseksyen (1) tidak dibayar di bawah subseksyen (2), Pengarah hendaklah membayar balik amaun itu, tanpa pelarasan bunga atas amaun yang didepositkan itu, kepada pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak, mengikut mana- mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang praktik—

(a) dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, selepas lesen itu diserahkan, habis tempoh atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; dan

(b) dalam hal suatu pajakan melombong, selepas pajakan melombong itu diserahkan, habis tempoh atau dilucuthakkan, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu:

Dengan syarat bahawa Pengarah tidak boleh membayar balik apa-apa amaun di bawah seksyen ini sehingga semua tuntutan pampasan di bawah seksyen ini telah diselesaikan.

93 [4]

Amaun yang dikehendaki sebagai deposit di bawah subseksyen (l) tidak berkuatkuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan berkenaan dengan apa-apa tuntutan untuk mendapatkan pampasan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.