Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

II - Pentadbiran

Bab

3 - Pelbagai

Seksyen

9

Tajuk

Pawakilan kuasa atau fungsi oleh Pihak Berkuasa Negeri
9

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan kepada Pengarah penjalanan atau pelaksanaan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu, mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Enakmen ini”

Dengan syarat bahawa-

(a) seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana kuasa atau fungsi Pihak Berkuasa Negeri di bawah Enakmen ini untuk membuat peraturan-peraturan; dan

(b) apa-apa pemberitahuan yang diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana kuasa atau fungsi tidaklah menghalang Pihak Berkuasa Negeri daripada menjalankan atau melaksanakan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu sendiri dalam apa-apa hal jika didapati oleh Pihak Berkuasa Negeri bermanfaat berbuat demikian.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.