Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

170

Tajuk

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
170

Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah seorang pengarah urusan, pengurus atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertiibuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.