Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VI - Pampasan

Seksyen

92

Tajuk

Pampasan
92 [1]

Pemunya mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan—

(a) yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan; atau

(b) yang berkenaan dengannya suatu pajakan melombong di bawah mana-mana tanah itu telah diberikan,

adalah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialaminya akibat atau timbul daripada penjelajahan atau pengendalian melombong, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak itu adalah bertanggungan untuk membayar pampasan mengikut Enakmen ini bagi apa-apa kerugian atau kerosakan itu.

92 [2]

Pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan adalah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pihak Berkuasa Negeri akibat atau timbul daripada penjelajahan; dan pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu adalah bertanggungan untuk membayar pampasan mengikut Enakmen ini bagi apa- apa kerugian atau kerosakan itu.

92 [3]

Amaun pampasan  yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh termasuk pampasan bagi—

(a) pa-apa kerosakan pada permukaan tanah atau mana-mana bahagiannya;

(b) apa-apa kerosakan pada tanam-tanaman, pokok atau ternakan di atas tanah itu atau kerosakan pada bangunan dan pembaikannya;

(c) apa-apa perlucutan milikan atau penggunaanpermukaan tanah itu atau mana-mana bahagiannya;

(d) apa-apa kerugian atau sekatan hak lalu-lalangdi permukaan tanah atau isemen lain; dan

(e) apa-apa gangguan kepada aktiviti pertanian.

92 [4]

Pemunya mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan, atau pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, yang menuntut pampasan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu Pengarah dengan menyatakan butir tuntutannya.

92 [5]

Amaun pampasan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh ditentukan melalui suatu persetujuan—

(a) antara pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pemunya tanah itu; atau

(b) antara pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut in ana- mana yang berkenaan, dan pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, masing-masingnya.

 

92 [6]

Jika tiada persetujuan dicapai di bawah subseksyen (5) dalam masa enam bulan selepas pemberitahuan di bawah subseksyen (4) diberikan—

(a) pemunya mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan;

(b) pegawai yang pada masa in1 mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan; atau

(c) orang yang bertanggungan untuk membayar pampasan di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan,

boleh memohon kepada Pengarah untuk menentukan amaun pampasan yang kena dibayar dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.

92 [7]

Pengarah hendaklah, apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen (6), menentukan pampasan yang kena dibayar mengikut prosedur yang tetapkan.

92 [8]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengarah di bawah subseksyen (7) boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.