Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

120

Tajuk

Memorial Tentang Pembaharuan, dsb., hendaklah Dicatatkan dalam Daftar
120 [1]

Pengarah hendaklah mencatatkan dalam daftar yang sesuai suatu memorial tentang pembaharuan, peluasan, pemindahmilikan, penyerahan, pembatalan, pelucuthakan, pengubahan syarat, pertukaran alamat atau nama atau apa-apa perkara lain yang menyentuh taraf atau apa-apa kepentingan dalam mana-mana lesen yang dikeluarkan, atau mana-mana pajakan yang didaftarkan, di bawah Enakmen ini.

120 [2]

Lembaga hendaklah mencatatkan dalam daftar permit air suatu memorial tentang pembaharuan, penyerahan, pembatalan, pengubahan syarat, pertukaran alamat atau nama atau apa-apa perkara laln yang menyentuh taraf atau apa-apa kepentingan dalam mana- mana permit air yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini.

120 [3]

Tiada apa-apa pembaharuan, peluasan, pemindahmilikan, penyerahan, pembatalan, pelucuthakan, pengubahan syarat, pertukaran alamat atau nama atau perkara lain yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) boleh berkuatkuasa sehinggalah memorial mengenainya telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.