Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Bab

5 - PAJAKAN MELOMBONG

Seksyen

62

Tajuk

Tanah yang ke atasnya pajakan melombong boleh diberikan.
62 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), suatu pajakan melombong boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri ke atas mana-mana tanah Kerajaan, termasuklah tanah Kerajaan di bawah tanah berimilik.

62 [2]

Tertakluk kepada seksyen 51, tiada pajakan melombong boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana kawasan di dalam kawasan mencarigali atau penjelajahan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan kecuali dengan kebenaran bertulis pemegang lesen itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.