Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - PERUNTUKAN MENGENAI AIR

Seksyen

113

Tajuk

Pengekalan standard air
113 [1]

Tiap-tiap pemegang tenemen mineral yang menggunakan air berkaitan dengan pengendalian melombong hendaklah—

(a) sebelum ia dibuangkan ke dalam mana-mana sungai, anak sungai atau alur air; atau

(b) sebelum ia meninggalkan tanah yang tersentuh oleh tenemen mineral itu,

mematuhi apa-apa standard kualiti air yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 atau Akta Kualiti  Alam Sekeliling 1974.

113 [2]

Lembaga hendaklah, apabila menerima suatu aduan yang dibuat secara bertulis memperihalkan kegagalan di pihak mana-mana orang untuk mematuhi kehendak subseksyen (1), mengadakan suatu siasatan ke atas perkara yang diadukan itu dan boleh, dengan  atau  tanpa aduan itu, pada bila-blla masa memerintah mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) untuk—

(a) mengusahakan langkah yang perlu untuk memastikan supaya standard kualiti air dipatuhi; atau

(b) menggantungkan pengendalian melombong sehinggalah apa-apa langkah diambil untuk mematuhi standard kualiti air.

113 [3]

Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuatkuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan yang timbul di bawah subseksyen (1).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.