Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

82

Tajuk

Peruntukan yang Relevan Mengenai Pajakan Melombong yang Membenarkan Pengendalian Skala Kecil hendaklah terpakai.
82 [1]

Peruntukan yang berikut Enakmen ini hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai bagi lesen melombong tuan punya:

(a) seksyen 64, tetapi tidaklah dalam apa-apa ha1 jua pemegang lesen melombong tuan punya dikehendaki mengemukakan suatu pelan pemulihan atau membuat bayaran kepada Kumpulan Wang Pemulihan Bersama;

(b) seksyen 66, tetapi tidaklah dalam apa-apa ha1 jua tempoh suatu lesen melombong tuan punya boleh melebihi tarikh habis tempoh hakmilik tanah berimilik yang mengenainya lesen melombong tuan punya itu berkaitan;

(c) seksyen 68, 70, 71, 72, 74 dan 75.

82 [2]

Jika mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) terpakai secara berlainan bagi suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil daripada suatu pajakan me to mbong y ang membenarkan pengendalian skala besar, peruntukan itu hendaklah terpakai bagi lesen melombong tuan punya mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.