Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

182

Tajuk

Penyampaian Notis
182 [1]

Apa-apa notis yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Enakmen in1 boleh, melainkan jika apa-apa cara penyampaian yang lain ditetapkan, dihantar melalui pos berdaftar kepada orang yang tersentuh

182 [2]

Jika sesuatu notis disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada hari yang berikutan hari notis itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos, jika notis itu dialamatkan—

  • dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syaTikat itu;
  • dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia, sama ada kepada individu yang diberikuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya;
  • dalam ha1 seseorang individu atau suatu kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir
182 [3]

Jika seseorang yang padanya dialamatkan suatu Surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Enakmen ini diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.