Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

174

Tajuk

Pengkompaunan kesalahan.
174 [1]

Pengarah atau Timbalan Pengarah boleh mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Enakmen ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun. dengan . membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah apa-apa amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu.

174 [2]

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itii boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu

174 [3]

Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—

  • tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu  dibuat;  dan
  • apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta merta.
174 [4]

Kuasa untuk mengkompaunkan kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan sendiri oleh Pengarah atau Timbalan

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.