Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

94

Tajuk

Fee Pegangan dan Sewa
94 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (6)—

(a) pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah, berkenaan dengan tanah yang tertakluk kepada lesen itu, membayar fi pegangan; dan

(b) penerima pajak hendaklah, berkenaan dengan tanah lombong yang tertakluk kepada pajakan melombong itu, membayar sewa,

tiap-tiap tahun kepada Pengarah.

94 [2]

Amaun fi pegangan atau sewa yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun hendaklah dikira dengan mendarabkan kawasan tanah yang tertakluk kepada lesen atau pajakan itu dalam tahun itu masing-masingnya dengan kadar fi pegangan atau sewa yang ditetapkan pada tarikh fi pegangan atau sewa itu kena dibayar.

94 [3]

Apa-apa fi pegangan atau sewa yang kena dibayar di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar pada masa dan tempat dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

94 [4]

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengubah—

(a) kadar fi pegangan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah yang tertakluk kepada suatu lesen mencarigali;

(b) tertakluk kepada subseksyen (5), kadar fi pegangan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah yang tertakluk kepada suatu lesen penjelajahan; dan

(c) kadar sewa yang kena dibayar berkenaan dengan tanah lombong,

dan kadar demikian hendaklah berdasarkan kawasan tanah dan hendaklah ditetapkan.

94 [5]

Tiada kadar fi pegangan yang diubah di bawah perenggan (4)(b) boleh berkuatkuasa sebelum habis tempoh sepuluh tahun dari tarikh pengubahan yang terbaharu.

94 [6]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam hal keadaan yang disifatkan mewajarkan tindakan sedemikian, memberi—

(a) pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan suatu pelepasan fi pegangan sepenuhnya atau sebahagiannya; dan

(b) penerima pajak pelepasan sewa sepenuhnya atau sebahagiannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.