Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

35

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen melombong individu
35 [1]

Tiada seorang pun selain daripada  seseorang orang sebenar boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen melombong individu.

35 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong individu hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

35 [3]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Pengarah boleh memberi atau enggan memberi lesen itu dan keputusannya adalah muktamad.

35 [4]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong individu diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang C yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.