Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

75

Tajuk

Bila Kerja Pembangunan dan Melombong dimulakan.
75 [1]

Penerima pajak hendaklah memulakan kerja pembangunan da.1am masa sembilan bulan dari tarikh pendaftaran pajaxan itu:

Dengan syafat bahawa jika pajakan itu tertakluk kepada suatu syarat atau kehendak di b• wah Enakmen ini yang inelarang permulaan kerja pembangunan sehingga syarat atau kehendak sedemiki•an dipenuhi, pen•rima pajak hendaklah memulakan kerja pembangunan dalam masa sembilan bulan dari tarikh syarat atau kehendak itu dipenuhi.

75 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melucuthakkan tanah lombong di bawah seksyen 76 jika penerinia pajak tidak mula melombong di atas tanah yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan dalam masa satu tahun dari tarikh bermulanya pengeluaran yang dinyatak n—

(a) dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil, dalam kajian prakebolehlaksanaan yang dikemukakan di bawah seksyen 63; atau

(b) dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, dalam kajian kebolehlaksanaan melombong yang dikemukakan di bawah seksyen 73.

75 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melucuthakkan tanah lombong di bawah seksyen 76 jika paras pengeluaran tahunan bijih adalah kurang daripada dua puluh peratus pengeluaran bijih mentah yang dirancangkan bagi tahun itu sebagaimana yang dinyatakan—

(a) dalam hal suatu pajakan melombong ‘yang membenarkan pengendalian skala kecil, dalam kajian prakebolehlaksanaan yang dikemukakan di bawah seksyen 63; atau

(b) dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, dalam kajian kebolehlaksanaan melombong yang dikemukakan di bawah seksyen 73,

bagi dna tahun be7turut-turut, jika dalam tahun yang berikutan tempoh dua tahun itu pengeluaran tahunan bijih adaiah dua puluh peratus atau kurang daripada paras pengeluaran bijih .mentah yang diranca1i*kan bagi tahun itu sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian tersebut.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.