Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

65

Tajuk

Pengukuran kawasan pajakan melombong.
65 [1]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong telah diluluskan, suatu pengukuran sempadan kawasan yang dinyatakan dalam permohonan itu hendaklah dijalankan atas perbelanjaan penerima pajak sebelum pajakan melombong itu

65 [2]

Peruntukan seksyen 10, 83, 114 dan 396 hingga 409a Kanun Tanah Negara berhubungan dengan pengukuran bagi maksud pemberimilikan hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai  berkenaan dengan pengukuran sempadan bagi maksud suatu pajakan melombong dan bagi apa-apa perkara pengukuran yang berhubungan dengannya:

Dengan syarat bahawa seksyen 403, 404 dan 405 tidak terpakai bagi tanda sempadan di atas suatu sempadan bersama yang dikongsi oleh dua pajakan melombong jika pajakan-pajakan itu dipegang oleh orang yang sama.

65 [3]

Tiada kerja pembangunan atau perlombongan boleh dimulakan di bawah suatu pajakan melombong sehinggalah tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan itu diberikan telah

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.